Pencanting tegar

10/31/17

Menggantung Harap, Menimbus Kenangan


Perasaan depresi menujah hati, tapi pada siapa kan di adu selain dari pemilik hati?

Tiada yang memahami, terlalu banyak rahsia dipendam, tak mungkin tercerita semua. Dan siapakah yang patut disalahkan?

Acap kali menyalahkan diri, hampir tertimbus dek depresi. Namun, Allah Yang Maha Memahami. Dia memujuk hati. Air mata yang mengalir, seolah terpujuk dibelai. Nak di luah, takut dicop gila, tidak diluah sudah hampir menjadi gila.


Allah. Aku keliru kerana diri sendiri. Semua yang diimpi hampir saja Allah beri, cuma hati ini, Allah uji. Jika goyahnya hati, maka aku minta pada Pemilik Hati, Tenangkan ia. Jagalah hati.


Kerana kita semua, akhirnya ingin ke Syurga. Harap harapnya, tiap tangis dan derita, Allah sabarkan kita, Allah semakin sayang akan kita, Allah jaikan asbab kita ke Syurga.


Setiap dugaan, yang rasanya lebih, adalah hati. Terlalu banyak rahsia, akhirnya memakan diri.


Moga Allah, sebaik baik penolong kita.



Usaplah air mata, sujudlah ke sejadah, menangislah semahunya di sini. Moga kita tidak menangis  'di sana'.

9/10/17

Adventure to Kamdar!




Assalamualaikum..

Okay, perkara ni berlaku akhir bulan 7 hari tu, tapi baru hari ni nak menulis.. Setiap kali teringat, dan setiap kali cerita pengalaman mesti akan tergelak. Yelah, pergi Kamdar je pun, apalah sesat semua kan? Jom baca. LOL

Image result for kamdar

==================================================================

Kejadian bermula apabila aku ada temujanji dengan staf Kamdar. So, Kamdar punya HQ kat KL kan?
Aku pun gigih lah google jugak yelah manalah tahu sesat ke apa kan. Dah confirm, start enjin dan jalannnnn.

Lepas dapat parking aku pun bermulalah perjalanan. Siap makeup sebab mana tahu ada lawatan Prince ke area situ nampak aku sejuk sikit mata dia KAHKAHKAH. Okay, aku park kt area Semua House, so aku jalan kaki ke Kamdar area Colleseum (betul ke eja ni?) tu.

Ada sikit nyesal park jauh sebab berpeluh2 iolls ketibas dah mula kan proses. So, aku lepak dulu dalam Kamdar sebab ada aircond. Fuuuu sejukkk woiii besttt.

Agak dah lega, aku tanya la staf kat situ opis tingkat berapa. "Tingkat 7, kak. Naik lif sana ea." Aku pun ucap terima kasih sebab yelah, senyum je staf tu aku pun balaslah dengan senyuman paling manis mana tahu dia suka leh rekemen kat abang dia (kalau abang dia hensem  KAHKAHKAH).


So, aku masuk lif, tekan nombor 7. Alhamdulillah, mudah urusan hari ni. Sampai tingkat 6, ohhh tempat langsir, boleh lah beli sini nanti. Pastu naik ke tingkat 7. Pintu lif bukakkkk je... aku nampak..

GELAP. Dan ada cahaya sikit dari tingkap tingkap YANG TAK SIAP. Aku macam..

Image result for confused meme

okay... Aku jalan masuk dalam sikit.. Gulp, takde orang. Kawasan ni... tak siap lagi. What theeee.. Okay aku dah cuak. Bagi cover kecuakan, aku gelak. Apa kehal dorang prank aku ke? Lantak lah, aku turun jelah balik. Pergilah balik kat lif.

Sekali nak tekan turun... takde butang turun. Yang ada wayar terjulur julur. Aku cam.. speechless. HAHAHAHAHA KEJADAH KELAKAR SANGAT NIIII.

So, aku turun jelah tangga sambil tergelak sensorang. So aku duduk je dulu kat tangga sambil call staf Kamdar tersebut. Tak angkat. Takpelah.. aku lepak dulu kat tangga tingkat 6.


Then, aku tanya lah staf area situ. Opis mana? Ehh, kat tingkat sini lah kak, tingkat 6. Tu, hujung tu.
Aku macam, Alhamdulillah, akhirnya. So touchup makeup sikit n pergi lah ke opis tersebut. Ketuk ketuk ketuk.

"Assalamualaikum, boleh saya jumpa dengan Pn XXXX?"

Yang aku nampak cumalah, bilik kecil yang ada 3-4 orang lelaki. Takkan lah opis besau ni je? Tapi, aku positif.

" Aa, kak.. dia kat bangunan lagi satu." WHATTTTTTTT

Image result for confused meme

"Kamdar depan Sogo tu kak, akak jalan terusss je nanti akak nampak signboard. Opis tingkat 7"


Woii HAHAHA.
So, aku pasrah. Lepas ucap terima kasih dan tersenyum manis aku pun blah dan lelaju pergi tempat yang dimaksudkan. Woi jauh tau tak. Takdelah jauh tapi cuaca panas masa tu. Ketiak basah. Makeup cair. Arghh lapar lagi LOL. Tapi aku gigihkan diri.


Jalan punya jalan, YES!! Nampak dah Signboard Kamdar depan SOGO tu. Aku pun tanpa berlengah terus masuk. Okay, aku relax jap amik aircond dulu. Sambil pura- pura tengok baju padahal aku nak aircond je aku ternampak lif. YES! Aku ingat kata- kata jejaka sebentar tadi. Tingkat 7.

So, aku masuk lif tekan tingkat 7. Eh jap.. sini dia tulis opis tingkat 10?? Tingkat 7... tempat langsir??

Image result for confused meme

HAHAHA, Tekan jelah tingkat 10 ni. Aku pun naiklah ke tingkat 10. Ada sofa YAY!! Duduk situ jap sambil call. Aku tanya la dia kat tingkat berapa saja lah nak comfirmation bagi surprise gittew.

" Oh, saya di Tingkat 7, tapi lif sampai tingkat 5 je tau. Lepas tingkat 5 tu naik je tangga sampai hujung".

Image result for confused meme
Little did I know I am the one whose surprised!!

And yeah guys and girls. I was at 10th floor. Hahaha.

So, punyalah aku begitu pandai aku turunnnn tingkat 5 and pergilah nak naik tangga. OMAK KAU TOKOJUT! Bukak pintu tangga ada banyak tangan tangan dan kaki kaki yang terpisah dari badan.

Image result for mannequin meme

HOIIII. Dah lah letih pastu terkejut plak. HAHAHA. Aku tergelak sensorang. Aku harap takde sapa join aku gelak kalini sebab kat tangga ni hanya ada AKU SEORANG. Yeah.

So, aku call balik dia cakap naikk je terusss sampaiiii atasss sekaliiii. So, I was being so obedient memanjatlah aku naik ke atas. Masuk tingkat 9 dia tulis tu dah gelap. Paling best, kat hujung tangga ada cermin. Hoi, kejadah this one freaking me out!!!! Tapi, aku naik je, dia kata naik  je
kan...So... aku naik dan naik. Masa ni aku fikir, Hmm aku dah boleh lepas Batu Caves ni.

Nak sampai tingkat 11 yakni tingkat atas sekali aku nampak cerah. Alhamdulillah. Mungkin definasi tingkat kita berbeza. So, aku raikanlah perbezaan tersebut. Sampai je pintu tingkat 11. I was stunted.


INI BUKAN OPIS! INI ROOFTOP!!

Image result for trolled meme
Did I just been TROLLED!!???

Hahaha. Aku rasa nak mencarut dan dalam masa yang sama aku ketawa sebab kalau ada kamera muka aku comel sikit bila tengah ketawa. HAHAHA. *tawa dalam tangisan.

So, aku pasrah dan turuunn balik ke tingkat 10 yakni tingkat opis. Aku duduk kat sofa separa baring dah sebab PENATTT TAUUU. Then, ada staf kat situ. Aku tanya dengan gaya Super Saiya punya Letih. "Dik, opis mana?"

"Aa, company ni ke kak?"

"Aah, company Kamdar."

"Eh, kak. Ni Bukan Kamdar! Ni (apa ntah nama company tu)!"


Dan ya tuan tuan dan puan puan serta adik adik abang abang kakak kakak dan jugak makcik jual karipap kat matriks.

SAYA SALAH BANGUNAN.

Image result for laugh meme
LET'S ALL LAUGH TOGETHER YEAHHHHHHHH CELEBRATE IT AITTTTT!!


Kemudian, aku pun turun la ke Ground Floor.Dan Rupa- rupanya Kamdar sebelah je. Aku yang salah masuk. HAHA.

So aku terus masuk cari lif dan betul kata dia, lif sampai tngkat 5 je. Lepas tu kena naik tangga sampai tingkat 7. Sampai je, aku dah takde moood nak berbasa basi so aku just, " Hai, saya yang call banyak kali tadi."

Dan tanpa diundang, aku duduk kat kerusi yang macam untuk ruangan menunggu.

Alhamdulillah, like FINALLY I found her and I was so... tired. Ketiak basah. Badan bau labah labah. Muka berpeluh. Kaki wiggly sebab letih. I wished I could just close my eyes and...SLEEP.


Tapi, tak lah. Aku jumpa je lah dia dan teruskan agenda.


===========================================================

Konklusinya, aku jumpa staf Kamdar tu dan hantar barang pada dia. Mission accomplished.

Pengajarannya adalah, kau janganlah kabut sangat, relax and be cool serta perhatikan sekeliling.
Dalam cerita ni, Kamdar tak salah langsung. Aku yang sengal.

Sehingga ke hari ini, sambil menulis,, aku tergelak lagi bila teringat. HAHA


Dan juga, whatever happens, kau kenalah stay positive.. Memang penat, bengang, sakit hati. Tapi, marah lagi buat penat. So aku ketawa. At least, bila terhibur tak lah rasa letih sangat.


Sekian, aku harap korang terhibur baca entry kali ni. ><




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails